Zida
Attention kepada sang lelaki...setiap gadis yang dilahirkan ke dunia ni memang ada perasaan ingin merajuk atau lebih best lagi "suka majuk"...hik3..tp bukan suma gadis suka majuk okeh...ada skala yang membezakan tahap majuk ni. ada gadis yang terlalu suka majuk smpai siap baling-baling barang kalo cuba dipujuk oleh boipren beliau..ni da tahap EXTREME ni...isk2, bawak2 la insaf wahai si gadis..anda mungkin akan kehilangan boipren kalo terus mcm ni.. semoga diberi hidayah kepada gadis jenis ini. ada juga yang suka majuk...terus menerus majuk smpai la dipujuk dengan jam GUESS~woow!! gadis jenis ni adalah jenis BIJAK sana dan bijak sini dan beliau sangat bertuah sbb dpt boipren yang murah hati...hahaha~ ada lagi 1 species, gadis yang suka majuk tanpa memberitahu punca sebenar dia majuk...ni jenis yg suke men teka-teki a.k.a men tarik tali..haiyoo..dia lebih suka org disekelilingnya migrain terguling2 memikirkan punca kenapa dia majuk~ cess.. kamu sungguh kejam.

tp...nape gadis majuk? ada banyak sgt sebab musabab kenapa gadis, perempuan, wanita mahupun anak dara atau mak dara MERAJUK:-
  1. sbb xpuas hati,sakit hati,terasa hati, tawar hati..mcm2 lagi penyakit kronik yg melibatkan hati
  2. sbb kena marah tanpa sbb
  3. sbb nak tarik perhatian orang yang dia sayang...BUKAN nk tarik perhatian mamak jual roti okeh...
  4. sbb nk dipujuk
  5. sbb saja2...best oooo majuk...heee
sebenarnya marajuk ni ada 2 jenis. Yang releven dan yang mengada-ngada. kalo majuk yang releven tu wajarlah dilayan dengan penuh berhemah. perempuan akan selama-lamanya menjadi perempuan..walaupun dia jenis pendiam, out spoken, poyo, dan nampak brutal dari segi luarannya-semuanya sama je..tetap ada naluri halus sbg seorang perempuan..jgn salahkan dorang kalo tetibe dorang majuk...maybe becos of LOA-Lack of Attention.

tp..nape lelaki akan bagi bunga, kad, coklat sebagai tanda minta maaf?? aaaa..xpahamnye.. ingat kisah cinta novel ke? kenapa bunga sangat sinonim dgn gadis2 yg majuk? kenapa mesti pujuk guna bunga+kad+coklat? mcm drama dlm tv je.. realitinya mcm tu jugak ke?

**sila la jawab** heee~
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    post yang best! actually merajuk tu cara gurl nak tarik phatian bf die. sy pon ske mrajuk..haha..tapi plg tak tahan bile BF mrajuk. rase nak SEPAAAAKKK jewww!!

    Folloe my blog erh!~~


  2. Zida Says:

    hehe..tentiu!! pasni kena wat research cket nape BF majuk..hahaha x aci la kalo asik2 gf je yg majuk..


Post a Comment