Zida


I can almost see it

That dream I'm dreaming but
There's a voice inside my head sayin,
You'll never reach it,
Every step I'm taking,
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking but I
Got to keep trying
Got to keep my head held high

There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what?s waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing,
The chances I'm taking
Sometimes they knock me down but
No I'm not breaking
I may not know it
But these are the moments that
I'm going to remember most yeah
Just got to keep going
And I,
I got to be strong
Just keep pushing on, cause

There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm going to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith baby
It's all about
It's all about
The climb
Keep the faith
Keep your faith
miley cyrus
THE CLIMB


Zida
dikala bulan mengambang-malam ni aku xsure bulan sedang mengambang atau menguncup, tp yang aku tau, tengah2 malam buta ni masih ada sorang anak dara yang blum tido!! haih....

aktiviti golek mengolek telah dilakukan mcm2 hari2 biasa, tp mata ni tetap xmo tido..aaaaaa.. dah puas berangan2 melancong ke london, paris, afrika dah seluruh pelosok dunia termasuk uganda.. tp tetap juga xmo tido!!!!

lagi 1 minit nk masuk pukul 4pagi..uishh..cepatla matahari naik..cepatlah cerah..cepatla ayam berkokok...cepatlah siang..huhuhuhu..

kenapa mata xmo tido? berpenyakit insomnia kah aku??? erkk..?

atau..

mata mogok xmo tido disebabkan oleh orang ini? beliau tamo borak2 dgn anak dara..menyebabkan anak dara kehilangan mood nk tido...gagagaga..(beliau salu dipersalahkan jika anak dara xdapt tido..hik3)


::sgt rindu pada orang dlm gmbar ni::
Zida
kenapa most of the kids sangat takot ubat? soklan yang x perlu ditanya..of cos la sbb ubat tu pahit kan..hak3..sebenarnya nk cite pasal syurabil yang lari lintang pukang setiap kali di ajak mkn ubat.. syurabil ni dah start demam cket..cian btol..huhu

siang td, lepas dia bgn tido aku ajak la dia mkn obat..hehe..ajak dengan penuh berhemah lak tu.. tp malangnya, bila dia dengar je perkataan UBAT, fiuuuuuuuu....lesap!!! aku pon pegi la dapo, siap2kan ubat dia...3 minit kemudian, sume dah ready..ubat 3ml dah siap aku msukkan dlm picagari (ala2 mcm picagari je alat tu..dunno org paggil ape).. hahaha..TP...mane syurabil???

aku pon start la panggil dia...2,3 kali panggil, diam je...mana dia?? check kt dlm bilik..xde pon. dekat ruang tamu....xde jugak...ooohhhh tetiba aku diserang perasaan gelisah yg teramat sgt..TAKKAN SYURABIL LARI KELUAR RUMAH KOT??? arghhhh...check lagi kat luar..xde pon...kt bawah kete pon xde..kt atas bumbung umah pon xde..kt celah2 pasu bunga pon xde jugakk....

panic..panic..panic..lari2 masuk umah semula. tup2...aku cam ternmpak sesuatu....adakah itu syurabil?


untuk pengetahuan semua, disinilah tempat persembunyian syurabil..


adehh..cam nk sekeh je budak ni..boleh lak dia duk diam2 kt citu..puas pujuk dia mkn ubat tp dia xnk..arghhh..amat degil..
Zida
Attention kepada sang lelaki...setiap gadis yang dilahirkan ke dunia ni memang ada perasaan ingin merajuk atau lebih best lagi "suka majuk"...hik3..tp bukan suma gadis suka majuk okeh...ada skala yang membezakan tahap majuk ni. ada gadis yang terlalu suka majuk smpai siap baling-baling barang kalo cuba dipujuk oleh boipren beliau..ni da tahap EXTREME ni...isk2, bawak2 la insaf wahai si gadis..anda mungkin akan kehilangan boipren kalo terus mcm ni.. semoga diberi hidayah kepada gadis jenis ini. ada juga yang suka majuk...terus menerus majuk smpai la dipujuk dengan jam GUESS~woow!! gadis jenis ni adalah jenis BIJAK sana dan bijak sini dan beliau sangat bertuah sbb dpt boipren yang murah hati...hahaha~ ada lagi 1 species, gadis yang suka majuk tanpa memberitahu punca sebenar dia majuk...ni jenis yg suke men teka-teki a.k.a men tarik tali..haiyoo..dia lebih suka org disekelilingnya migrain terguling2 memikirkan punca kenapa dia majuk~ cess.. kamu sungguh kejam.

tp...nape gadis majuk? ada banyak sgt sebab musabab kenapa gadis, perempuan, wanita mahupun anak dara atau mak dara MERAJUK:-
  1. sbb xpuas hati,sakit hati,terasa hati, tawar hati..mcm2 lagi penyakit kronik yg melibatkan hati
  2. sbb kena marah tanpa sbb
  3. sbb nak tarik perhatian orang yang dia sayang...BUKAN nk tarik perhatian mamak jual roti okeh...
  4. sbb nk dipujuk
  5. sbb saja2...best oooo majuk...heee
sebenarnya marajuk ni ada 2 jenis. Yang releven dan yang mengada-ngada. kalo majuk yang releven tu wajarlah dilayan dengan penuh berhemah. perempuan akan selama-lamanya menjadi perempuan..walaupun dia jenis pendiam, out spoken, poyo, dan nampak brutal dari segi luarannya-semuanya sama je..tetap ada naluri halus sbg seorang perempuan..jgn salahkan dorang kalo tetibe dorang majuk...maybe becos of LOA-Lack of Attention.

tp..nape lelaki akan bagi bunga, kad, coklat sebagai tanda minta maaf?? aaaa..xpahamnye.. ingat kisah cinta novel ke? kenapa bunga sangat sinonim dgn gadis2 yg majuk? kenapa mesti pujuk guna bunga+kad+coklat? mcm drama dlm tv je.. realitinya mcm tu jugak ke?

**sila la jawab** heee~
Zida
arini ni berjaya menghasilkan sup ayam tanpa dibantu oleh kaum keluarga..haha..bole nanges teresak2 kalo chef wan rase sup ayam buatan anak dara comel neh...hik3. ."dap2..!" bak kata syurabil...hehehe tenkiu syurabil sbb rasa sup ayam makngah~ oleh sbb bermurah hati arini, makngah bagi semangkuk utk syurabil bwak balek ok...

alkisahnye, sup ayam tu bukan untuk syurabil jer...tergatal plak tangan bagi kt jiran sebelah umah..dup!dap!dup! dap! jantung mase bagi kt mamat tu (jiran baru pindah)...aaaaa..(huhu, sup tu merupakan air rebusan ayam semata-mata). arghhhh tidakkkkk!! si pembuat sup telah mengaibkan diri secara x sengaja...adui...semoga bakal ibu mertuaku x jumpa blog neh...kalo jumpa?? jatuhla imej+ musnahla reputasi ku~!!! huk3..

bila ckp pasal ibu mertua ni...tetiba nebes pulak..mcm mana la nk berhadapan dgn ibu mertua? org ckp, ibu mertua yang terer masak lagi la cerewet..bayangkan lah, si menantu memasak di dapur dan ibu mertua asik mengomel..itu ini x kena. lauk terlebih masin, smbal terlalu pedas, kari x cukup pekat...huhu..ape perasaan si menantu? mst makan hati kan? kan? kan? owhh..ini sangatkan membahayakan jiwa raga...aaaaa! tergugat kedudukan mcm neh...

mcm mana nk mengatasi masalah ibu mertua ni? relaks la...x semua ibu mertua kejam mcm kisah kasim selamat tuh..btol x? hehehe..cuma kalo naseb x berapa baek mungkin akan dpt ibu mertua cerewet...boleh mendatangkan tekanan dalaman ni..tambahlak kalo dpt menantu serba kekurangan, dah la xreti masak, pemalas lak tu...adoiyaii..mst akan mendatangkan ketensenan kepada ibu mertua..pasti tekanan darah tinggi si ibu mertua akan meningkat kan? kan? dan hubungan kekeluargaan jugak sudah tentu akan terjejas....aaaa..ni sume masalah xreti masak!

dengan kerisauan yang tahap melampaui batas ni..si pembuat sup tadi dah cari langkah2 keselematan yang boleh diambil utk menangani masalah ibu mertua~ jum tgk:

  • bila berhadapan dengan ibu mertua, hipokritla 24 jam...yang penting senyum sentiasa okeh..ape yang beliau ckp, angguk je tanda setuju smbil melebarkan senyuman...
  • kalo ibu mertua dtg umah-cakap macam neh.."abg ckp mak pandai masak sup ayam..teringin nak rasa sup ayam mak" heee...pastu mst dgn senang ati, si ibu mertua akan memasak sup ayam utk anda..biar je dia masak, sambil2 tu bole la tolong2 tgk ye....jgn goyang kaki lak! mau kena baling dengan senduk kalo duk goyang kaki...
  • setiap kali menjamu ibu mertua masakan anda...hendaklah guna dialog keselamatan ni... " nape ye..sup ayam yang saya masak ni, x sedap mcm mak punya"...hehehe dgn itu, si ibu mertua pasti akan tersenyum sipu bila masakannya dipuji...
heeee~ tu jela sedikit sebanyak tips yang dapat diberikan kepada anak-anak dara yang memerlukan dan bakal menamatkan zaman bujang...
Zida
1. Three Names You Go By:
deja..dejavu..dejamoss..hee..takde name yang senonoh cket ka??

2. Three Things You Are Wearing Right
Now?
white T-shirt

3. Do you still have feelings for
your ex?
nope! cam nk sepak masuk lubang jamban je..tp? sapekah beliau..suke hati je nk sepak anak teruna orang yek..

4. Have you ever been given roses?
yap...3 kali sepanjang idup 22 tahun..huhu~hati berbunga2 bila dapat bunga~tenkiu kepada pemberi bunga. rasa mcm diriku la yang paling bertuah dan paling chantek dlm dunia ni..hik3

5. What is your all-time favorite
romance movie/s?
a walk to remember..huk3..jiwang abesss. sekotak tisu x cukup nk mengambarkan perasaan ketika menonton cite neh..

6. How many times have you honestly
been in love?
once in a lifetime

7. Do you believe that everyone has
a soul-mate?
yes..jodoh pertemuan di tangan Tuhan..pasti ada seseorang yang tercipta utk kita.hanya Dia yang tahu RAHSIA ni..just pray!

8. What's your current problem?
tgk cari kija. bilakah mau kija? saya mau cepat kawin..weee..

9. Have you ever had your
heartbroken?
penah..penah..penah

10. Your thoughts of online or long
distance relationships?
penchenta akan mengalami penyakit rindu yang keterlauan..huhu..really miss him!

11. Have you ever seen a friend as
more than a friend?
nope! kawan sume perangai sesengal je..x seswai nk lebeh dari kawan.

12. Do you believe in the
statement, "Once a cheater always a
cheater"?
erk?? xlah..huhu people make mistake. i pon penah gak tipu menipu..tp skrg dah insaf. heee

13. How many kids do you want to
have in d future?
kids? blum lagi meeting pasal kids..maybe 3 ok lar. cukup2 je seat dlm kete..mama ngn papa duk kat depan, you ol 3 orang duk kt belakang okeh..heee~

14. What is your favorite color(s)?
hitam putih

15. Do you believe you truly love
only once?
yap..im in LOVE~

16. Imagine you're 69 & your spouse
just died, would you get re-married?
kalo kerabat diraja yang pinang apa salahnya...heee~tp bukan daripada kerabat raja gopal atau raja kapoor..huhu

17. At what age did you start getting
into relationships?
sejak tadika lagi..haishh..kecik2 dah rmai peminat..susah btol

18. What song do you want to hear at
your wedding?
Love story-Taylor swift. erkk..tanak lar, nnt kang terkejut lak orang kampung.. isk3.. lagu Selamat Pengantin Baru-saloma..klasik kan? i like

19. Do you know someone who likes
you?
tau..tauu...heee

20. Do you like anyone?
Yes..since he said he loves me. i like him till i die..my "love" is just for him..huhh!!
Zida
bukan nk cite pasal jiran baru sebelah umah yang sombong tu...erkk..bukan sombong maybe beliau seorang pemalu kot...(beranggapan baik terhadap orang lain)..tp, kalo dah nmpak orang kt depan umah tu, senyum2 la sikit...at least tanya la khabar ke..tanya la dah makan ke blum ke..tanya la tengah wat ape ke..tanya la nama sape..kan? kan? beramah mesra la dengan jiran anda.. huhh, ni tak, wat donno jek...hishh..bak cni mangkok sup ayam aritu! (mangkok btol mamat tuh)

dah2..tamo cite pasal jiran sebelah umah..kali ni nk cite pasal jiran depan umah..segala kelakuan dan tindak tanduk beliau telah membuatkan diri anak dara ni runsing, migrain dan mengalami tahap stress yang kritikal..huhh! sapekah beliau? jum tgk identiti dia:
nama: Nyonya (lebih mesra dengan panggilan aunty)
umur: 59 tahun (agak2 jer berdasarkan bilangan uban di kepala beliau)
status: anak dara (sama status dgn penulis)
alamat: bertentangan dengan umah penulis
bilangan penguni rumah: sorang (sebatang kara)
ape yang x puas hati sangat dengan nyonya tua tu? ooopsss..hehehe..sebenarnya nyonya ni ada 1 tabiat pelik lagi merisaukan seluruh penduduk taman gunung ledang neh..tahap kebersihan beliau telah mencapai tahap yang paling tinggi sekali dlm carta dunia ni. rumah beliau amat la bersih dan berkilauan. bersilau2 mata kalo tgk umah dia..huhu. ini telah menimbulkan rasa gundah gulana dikalangan jiran yang berada dikiri, kanan, depan dan belakang umah beliau.. nyonya ni 24 jam akan sapu kat kawasan depan umah dia..pastu lap2 pintu ngn tingkap umah dia..yang besh tuh, pagar umah pon dia akan lap..TIAP2 hari dia akan lap okeh.. kalo 2,3 ari skali leh gak trima..dah kronik nyonya ni..smpaikan tong smpah kat luar umah beliau pon di lapnye..isk3.. owh, terlupa lak, aritu masa duk mengendap nyonya tu, penulis penah nmpak dia lap peti surat!!! aaaaa....tolong lar~susah nk cari habuk kt umah dia..tah2, bakteria pon lansung xde..haiyooo..

tiap2 pagi nyonya ni akan sidai pakaian kt depan umah..dah boleh hafal dah ape yang dia akan sidai..1) baju, 2) sluar pendek yang dia salu pakai, 3+4) pakaian kecik dibahagian dalam wanita. xleh la ckap direct kan, nnt jadi blog lucah lak..hik3. normal la kan, orang sidai baju..TP yang x normalnya bila si nyonya ni akan tunggu pakaian yang beliau sidai tu smpai kering!!!! dia akan duduk kat buaian smbil perhatikan baju2 tersebut...adehhh..kejap2 pegi pegang baju, check dah kering ke blum..selang 5 minit, pegang lagi.. perah2 air kt baju tuh.. aaaaa..xda kija btol la orang tua ni..tindak tanduk nyonya ni dah bagi tekanan perasaan pada si penulis..wahai nyonya, biarkan jela baju tuh kt situ, 3,4 jam nnt dah kering angkat lar..watpe nk tunggu smpai kering. huhu~

skrg ni asik hujan dan berangin kt sini..kekadang panas yang melampau..pelik gak cuaca kat alor star ni, berubah-ubah. dalam 1 hari leh rasa 2,3 jenis cuaca..heee. bila time berangin, si nyonya dah ready dengan penyapu di tangan beliau.. x sabar nk sapu daun-daun kering yang masuk kt laman umah dia..masalahnye, dia sapu time berangin..sure la daun2 tu akan masuk balek kawasan umah walaupun disapu beratus2 kali sekalipun..cara yg bijak-biarla angin reda dulu, then baru sapu..so sekali je sapu...kan dah settle! haishh, dah terguling2 memikirkan nape la si nyonya ni excited sgt.. dia terlalu obses dengan kebersihan..

ada 1 petang, penulis penah sembang2 ngan si nyonya...si nyonya gtau yang tiap2 pagi dia bangun seawal jam 5 pagi semata2 nk wat kija umah..yelah abes 1 umah di lapnye..pelik btol. dah la idup seorang diri, for sure la xde sape2 nk wat sepah umah dia (cth: anak2 atau cucu)..adehhh..lagipun dia x masak lansung. akan ade sedara hantar mkanan kt dia tiap2 ari.. ( dapur mst xde kesan minyak atau kesan terbakar)..abes tu kija rumah ape yg dia buat???

tensen lar...setiap kali kuar umah je mst nmpak nyonya ni duk wat kija pembersihan..penulis duduk dalam bilik pon bole dengar dia duk berus lantai...tekanan tau x!!!!! uwaaa..semoga dia sembuh dari penyakit "terlalu pembersih" secepat mungkin...aaaaa...xtahan dah..

ermm..mungkin tu hobi dia...biar jela..hehehe..hobi penulis? memberi kasih sayang kepada orang tersayang secara extravaganza~ ngeee